7. TANDA2 GANGGUAN SAKA & SIHIR




BUANG  SAKA  RAWAT  SIHIR
pakarbuangsaka.blogspot.com

Terlebih  dahulu  perlu  perawat  jelaskan  tanda2  memungkinkan gangguan SAKA / SIHIR  yang  gangguan  kedua2nya  hampir 90% sama.Ini  adalah sebahagian  sahaja... InshaaAllah  perawat  akan  cuba  update  dari  masa ke semasa  sebab  Ramai  yang bertanya  perawat  apakah  tanda2 gangguan Saka  maupun  Sihir  untuk  memudahkan  mendapat  rawatan. Walaupun terdapat  banyak  info2  tersebut  boleh  diperolehi  dari  sumber  internet. 

Bagaimanapun  perawat  akan  cuba  berkongsi  sebahagian  dari tanda2 tersebut  di antaranya....

Rawatan berdasarkan . . . TEMUJANJI

Daftar dan  Scan  - seiklas hati

Bayaran  untuk   RAWAT  SIHIR  RM 1,000

BUANG SAKA  RM 3,000 
Bayaran rawatan  boleh dibayar beransur-ansur...

Buang Saka
Cara membuang Saka dengan 
membatalkan / memutuskan  Penjanjian Saka.

MOHD -  017 3826017

Waktu rawatan - SETIAP HARI
                                 ATAU mengikut keperluan Anda. 



Tanda2 ini  hanya terdapat  pada  gangguan SAKA  sahaja.

Ketika  Tidur.

  1. Bermimpi  menyusukan bayi.
  2. Bermimpi  dikelilingi  kanak2.
  3. Bermimpi  ahli  keluarga  yang  telah  meninggal  dunia.
  4. Bermimpi  rumah lama / rumah  pusaka  atau kampung halaman.
  5. Bermimpi  jatuh  dari  tempat  tinggi dan terkejut.
  6. Bermimpi  berada  di tempat  kotor  atau  kawasan  perkuburan.
  7. Bermimpi  berada  ditempat sunyi  dan  menyeramkan.
  8. Bermimpi  melakukan hubungan  kelamin  dengan orang  tidak dikenali.
  9. Bermimpi  ada seseorang  ingin atau  memberi sesuatu didalam mimpi.
  10. Bermimpi  berjumpa  seorang  lelaki tua, berjanggut,  berjubah dan  menyatakan  siapa  dirinya.
  11. Bermimpi  berjumpa  seorang  puteri  yang  cantik  dan  menyatakan  siapa  dirinya.
  12. Bermimpi  di bawa kealam  jin.
  13. Bermimpi  dibawa  berjumpa nenek / moyang .( nenek / moyang  yang di ketahui ghaib  semasa  hidupnya)
  14. Bermimpi  orang  meminta  di adakan  jamuan  atau  makanan  khusus. 
  15. Bermimpi  belajar  mengubat.
  16. Bermimpi  belajar  mengurut.
  17. Bermimpi  belajar  bersilat.
  18. Bermimpi  melihat  makhluk  halus.
  19. Bermimpi  buruk, seram  dan  menakutkan.
  20. Bermimpi  melihat atau bertemu seseorang  di masjid, kuil atau gereja.
  21. Bermimpi  ditindih sesuatu dan meminta pertolongan tetapi tidak berdaya.
  22. Bermimpi  terlibat  dengan  kemalangan yang  membawa  kepada kematian.
  23. Bermimpi  jatuh  dari  tempat  tinggi  yang  membawa  kepada  kematian.
  24. Bermimpi menyusui budak kecil  dan terlalu sayang padanya.(pada wanita)
  25. Bermimpi di beri sesuatu dalam mimpi  apabila terjaga barang itu nyata betul ada.
  26. Bermimpi  bersalin setelah jaga,  anak  dalam kandungan telah  hilang.(pada perempuan  yang  sedang  mengandung )
  27. Ketika  tidur  Mengunyah gigi. (bunyi  gigi berlaga)
  28. Ketika  tidur  boleh  Duduk, berdiri atau berjalan.
  29. Ketika  tidur  boleh  Makan atau minum.
  30. Ketka  tidur  Ketawa, menangis dan menjerit.

Ketika  Jaga

  1. Sering  lalai daripada  mengingati Allah s.w.t.
  2. Sering  terjaga  pada waktu malam  dalam keadaan takut dan cemas.
  3. Sering  melatah.
  4. Sering  panik bila berdepan dengan masalah.
  5. Solat  hanya empat waktu gagal memenuhi  lima  waktu.
  6. Takut  untuk bersolat di mesjid tanpa  sebab.
  7. Perasaan takut  untuk melihat pengembumian seolah-olah dia yang  meninggal.
  8. Perasaan dan  semangat seperti di kawal / pegang  sesuatu.
  9. Berlaku  penceraian dikalangan saudara sebelah suami  atau  isteri  dan sering  bertukar suami  atau isteri.  
  10. Suka berada didalam tandas  pada waktu yang lama.
  11. Sukar  untuk  mengekalkan  persahabatan atau  perkerjaan.
  12. Sukar untuk tidur malam .
  13. Sukar  untuk  berkata2, lidah  kelu atau  gagap.
  14. Suka tidur pada waktu sianghari.
  15. Sentiasa  mengelak  dari  bertentangan  mata.
  16. Sentiasa  mengantuk terutama dalam majlis ilmu.
  17. Mata  sentiasa  merah  walaupun  cukup  tidur.
  18. Muka  sentiasa  bengis  atau  gerun.
  19. Terlalu Emosional  dan sensitif.
  20. Cemburu / iri hati /buruk  sangka.
  21. Boleh menilik sifat / peribadi atau sejarah seseorang.
  22. Boleh  melihat jin / makhluk halus secara terus.
  23. Suka  melakukan tabiat buruk seperti  malas dan degil.
  24. Suka  berangan2 dan  berkhayal.
  25. Suka  bertindak agresif dan liar.
  26. Terasa  rendah diri dan tidak berkeyakinan.
  27. Tidak  suka  bergaul  dan  kurang  suka  hidup  bermasyarakat.
  28. Halangan  dan  pembatasan  dalam  pekerjaan.
  29. Lemah tenaga batin atau nafsu selalu terangsang melampau.
  30. Duit selalu hilang dirumah tanpa sebab macam ada yang mencurinya.
  31. Duit  syiling  dalam  tabung atau beg duit senantiasa  bertambah.
  32. Apabila  mengasah seperti  pisau, parang  sukar  untuk  tajam. ( selalu atau  cepat  tumpul )
  33. Alat2  atau  barang2  dalam  rumah  selalu  di sembunyikan.
  34. Banyak  penyakit ketumbuhan  ganjil  pada badan.
  35. Anak  yang  lahir  mempunyai  kecacatan  seperti  sumbing  bibir,bonggol di belakang  badan atau cacat kaki  dan  tangan.
  36. Sukar  untuk di bawa  berubat / di rawat dan  sentiasa bersangka buruk  yang  suami  atau  isteri  hendak  membomohkannya.
  37. Penyakit  ganjil  yang di sahkan sebagai  kanser.
  38. Penyakit  genetik seperti  penyakit  jantung, darah  tinggi,  kencing  manis  dan  akan di warisi  kepada  anak  cucu.
  39. Bersifat pelupa dan was-was  keterlaluan.
  40. Nyanyuk  sebelum  waktunya.
  41. Susah  hendak  meninggal  dunia, nazak  berpanjangan.
  42. Mendengar bisikkan atau  tahu apa perkara yang akan berlaku.(seperti alamat)
  43. Terdapat  beras apabila bangun dari tempat duduk.
  44. Anak  hilang dalam kandungan  bila  sampai umur 5  bulan  keatas.
  45. Keinginan  untuk  memakai  baju  berwarna  kuning, hitam, putih atau hijau.
  46. Suka  makan daging  mentah atau separuh mentah.
  47. Kuat  makan tetapi  badan  tetap  kurus.
  48. Kerap  muntah adakalanya keluar  bersama batu aked.
  49. Alah  pada  bau  kemian  atau  setanggi.
  50. Kemurungan  berpanjangan  atau  suka  bersunyian  seorang  diri.
  51. Anggota  keluarga  selalu  di pindahkan tempat tidur.( dalam  bilik  ketingkat  bawah atau di tepi bilik mandi / tandas)
  52. Lampu  dipadam  ketika  sedang  mandi  pada  waktu  malam.
  53. Schizophrenia.
  54. Bipolar.
  55. Slip  disc.
  56. Suami atau  isteri  meninggalkan pasangan  malam pertama pernikahan sebab dilihat  pasangan  berwajah  orang  tua menakutkan.
  57. Suami isteri  berpisah  sebab  tidak  sekata  semasa isteri  mula mengandung  atau  melahirkan anak tak kira  yang pertama  atau  yang keberapa  sebab  memungkinkan anak  itu menjadi  rebutan  saka  dari kedua2  pihak  suami maupun  isteri.
  58. Boleh  berdialog  secara terus dengan Jin Saka.
  59. Jin  Saka  boleh  menghantar  pesanan  ringkas (SMS)  kepada  Anda  
  60. melalui  handphone
  61.   berupa  ugutan  atau  pemberitahuan.
    1. Jin  Saka  boleh  bercakap  terus  dengan  Anda  melalui  handphone  tetapi Anda  tidak  dapat   mengesan   panggilan  di buat  dari  mana.
    2. Jin  Saka  boleh  mencederakan  Anda  secara  terus  dengan  melukakan anggota  badan  Anda  dengan  membuat  torehan  secara  zahir.
    3. Jin  Saka boleh  mengenakan  Anda  dengan  Santau sihirnya  apabila  berjumpa perawat,  Anda  dikatakan  kena  Santau  oleh  bomoh santau.


    Tanda2  ini  hanya  terdapat  pada  gangguan  SIHIR  sahaja.


    Ketika  Tidur.
    1. Bermimpi digigit atau di patuk binatang  ganas dan berbisa.
    2. Bermimpi di cekek dileher tetapi gagal meminta pertolongan.
    3. Bermimpi mandi di sungai, kasut  atau pakaian  hanyut di bawa air.
    4. Bermimpi bertengkar  atau  berlawan  dengan seseorang.
    5. Bermimpi di tikam atau dicederakan tanpa mengetahui sebab atau siapa yang mencederakannya.
    Ketika  Jaga.
    1. Sayang  melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
    2. Terjumpa  macam2 benda yang mustahil masuk/berada  dalam badan seperti paku, jarum atau mata pisau cukur dsgnya apabila di X-Ray.
    3. Batuk  berpanjangan tanpa  sebab  klinikal.
    4. Sikap berubah secara mendadak, sikap penyayang  jadi pembenci  atau sebaliknya.
    5. Anggota  badan terasa seperti di cucuk2 jarum atau panas terbakar  melampau.


    Tanda2  ini  HANYA  terdapat  pada  gangguan  SAKA  dan  juga SIHIR.

    Ketika  Tidur.
    1. Bermimpi  melihat  wajah  hodoh  diri  sendiri  pada  cermin.
    2. Bermimpi  melihat  cermin.
    3. Bermimpi  berada  di suatu tempat  dan tidak  dapat pulang.(tersesat)
    4. Bermimpi  benda2  tajam  dan miang.
    5. Bermimpi  binatang  atau  serangga berbisa / ganas.
    6. Bermimpi  di gigit  lembaga hitam  atau memijak  perutnya.
    7. Bermimpi  melihat  makhluk  ganjil, tinggi, hitam, berbulu  dan  menakutkan.
    8. Bermimpi  berada  di tempat  tinggi  dan  tiada  jalan  turun.
    9. Bermimpi  di ikat.
    10. Bermimpi  bersetubuh.
    11. Bermimpi  berkahwin.
    12. Bermimpi  mandi  air  kotor.
    13. Bermimpi  naik  kenderaan  samada di darat, laut  atau udara.
    14. Bermimpi  menerima  hadiah  atau  tetamu  yang  tidak  diundang.
    Ketika  Jaga.
    1. Kerap  terdapat  kesan  lebam  dipeha, dibetis  dan tangan  atau  seperti tanda  kesan  dicakar  pada  tubuh  badan.
    2. Sakit  mental  atau  gila.
    3. Sukar  mendapat  jodoh.
    4. Putus  persahabatan  walau  dah bertahun2  berkawan  tanpa sebab.
    5. Putus  pertunangan  tanpa sebab walaupun tunang itu orang yang dikasihi.
    6. Suami  atau  isteri  meninggalkan  pasangan  walaupun sudah ada anak yang  ramai yang sebelumnya  keluarga ini  bahagia.  
    7. Kerap  mendengar  bisikan2 atau  panggilan apabila pergi  ke tempat itu suara panggilan itu berpindah  tempat.
    8. Berdebar2  tanpa sebab.
    9. Badan  tiba2  mengigil  tanpa  sebab.
    10. Berpeluh dan seram sejuk  tanpa  sebab.
    11. Selalu  kena penyakit Cirit-birit.
    12. Kaki  bengkak  sebelah  atau  kedua2nya  sekali.( macam  gout )
    13. Mandul / walaupun  disahkan doktor  normal dan  sihat  suami isteri.
    14. Sakit  belakang  terutama  ditulang  belakang  dan  pinggang.
    15. Terasa  berat dibahagian  belakang  badan.
    16. Lenguh2  pada  sendi2  utama.
    17. Hilang  darah.
    18. Adakalanya  tekanan darah  turun  naik  tidak  menentu.
    19. Senantiasa  mengantuk  tanpa  sebab  klinikal.
    20. Sukar  mengandung  dan  sering  keguguran.
    21. Semasa  mengandung  posisi  anak  dalam  kandungan selalu  melintang.
    22. Sukar  melahirkan  kandungan  adakala kandungan pula melebihi 10 bulan.
    23. Adakalanya anak  dalam  kandungan  hanya  dapat  dikesan  atau  scan ketika usia kandungan  8  bulan.(ibu tidak sedar mengandung dari usia 1  hingga 7 bulan)
    24. Pendarahan  yang  teruk.
    25. Buah  kemaluan besar  sebelah  yang sebelumnya  normal.(pada lelaki)
    26. Buah  kemaluan masuk kedalam sebelumnya normal.(Angin pasang-pada lelaki)
    27. Kemaluan  mengecil seperti jari bayi.(sebelumnya normal pada  lelaki)
    28. Perut membesar  yang sebelumnya  normal.( busung )
    29. Batuk keluar darah atau buang air besar/kecil berdarah.(Santau)
    30. Batuk / nafas berbau.(Santau)
    31. Gatal keterlaluan seluruh badan terutama di kemaluan dan kulit  bersisik.( Santau)
    32. Terasa  benda  bergerak2 dibawah  kulit.
    33. Terasa  seolah2  memijak  telor, batu  atau  kaca  dibahagian  bawah  tapak  kaki  apabila  berjalan.
    34. Mudah  marah  dan  panas  baran.
    35. Lesu  dan  sering  kelaparan  dan  kehausan.
    36. Makan  makanan  yang tidak  dapat  di terima  akal (makan  berlebihan / keterlaluan)
    37. Sukar menelan makanan  dan minuman yang  sebelumnya normal.
    38. Loya atau sebu  perut  tanpa sebab.
    39. Bayi  kerap  menangis  tanpa  sebab.
    40. Suami  isteri  kerap  bertengkar  walaupun  perkara  kecil.
    41. Suami isteri  hilang  kemesraan  dan  tak  boleh  duduk  berbual.
    42. Suami isteri  tidur  berasingan.(Tidak  sebilik)
    43. Malas  beribadat.
    44. Gelisah  dan  panas  tengkuk  bila  dengar  bacaan  Al-Quran.
    45. Sering  sendawa bila  dengar  bacaan  Al-Quran.
    46. Sering  sendawa tanpa  sebab.(biasanya melibatkan Santau)
    47. Gagal  melakukan  hubungan  kelamin.
    48. Darah  haid  turun  berlarutan  lebih  15  hari.(tidak  teratur)
    49. Badan  terasa  bisa2  atau  gatal2.
    50. Apabila sakit  badan,  anggota  keluarga  yang membantu memicit, mengurut akan mengalami  sakit  badan atau tangan terasa macam  dicucuk  jarum / kebas.
    51. Seluruh  badan  terasa  gatal2  yang  melampau.
    52. Seluruh  badan  terasa  lemah/ demam  macam  tak  demam.
    53. Seluruh  badan atau sebahagian  anggota  badan terasa  macam terbakar / kepanasan.(mandi pun tidak  memberi  kesan)
    54. Kulit  badan  melecur  kepanasan  tanpa  sebab.
    55. Sakit / takut  ketika  ziarah  orang  meninggal  atau  pergi  kekuburan.
    56. Ada  penyakit  seperti  sakit  kepala, sesak  nafas  tetapi  disahkan doktor sihat.
    57. Sesak  nafas  terasa  seperti di cekek  di leher / ditekan  didada.
    58. Sakit  kepala  terasa nak  pecah atau seperti  dicucuk  jarum.
    59. Bunyi  guli  disiling  atau  atas  lantai  bergolek.
    60. Bunyi  benda  jatuh  diatas  bumbung  rumah.
    61. Bunyi  benda  berlari diatas  bumbung atau atas  siling  rumah.
    62. Bunyi  ketukan  pintu  atau  tingkap  tapi  tiada  orang.
    63. Bunyi  orang  berjalan  didalam  rumah.
    64. Bunyi  air  paip  dibilik  mandi  atau  tandas.
    65. Bunyi  sesuatu  mencakar  dinding, bumbung rumah  atau pintu.
    66. Tiba2  sakit  tanpa  sebab sebelumnya  normal,aktif  dan  cergas.
    67. Sakit  lutut  tiba2 tetapi di sahkan sihat  oleh  doktor.
    68. Sakit ditumit  kaki  berpanjangan.
    69. Barang2  elektrik  cepat  rosak  termasuk  handphone.
    70. Lampu  atau  alat  elektrik  terpadam  dengan  sendirinya.
    71. Ada  terbau  busuk  atau  wangian  seketika  didalam rumah  tiba2 hilang begitu  saja.
    72. Makanan  yang  dimasak  cepat  basi atau terasa  masin / tawar  yang melampau.( biasanya berlaku pada kedai makan & minuman ) 
    73. Air  yang di masak  lambat  mendidih.(biasanya pada kedai makan juga)
    74. Kedai makan di buka  tetapi  banyak  pelanggan  kata  kedai tutup. (di beritahu oleh pelanggan pada  masa yang  lain)
    75. Binatang  masuk  kedalam  rumah  seperti  ular, kalajengking, belalang, katak, kucing, anjing  atau  rama2.
    76. Suka bercakap besar, ego serta cakapnya sahaja  yang betul  dan  mesti dipatuhi.
    77. Terasa  bahu  ditepuk  dari  belakang.
    78. Terasa  sakit  gigi apabila  dicabut  berpindah  sakit ke gigi  yang  lain.
    79. Sukar  untuk  membuang  air  besar  atau  air kecil  yang  sebelumnya normal.
    80. Melahirkan  anak  yang  cacat  anggota  atau  fikiran.
    81. Terasa  seperti  percikan  air  kena  pada  badan.
    82. Buang  air  kecil  tidak  lawas. ( tak tus )
    83. Mudah  kekajangan otot(kramp) kaki dan tangan.(kalau  lama boleh  akibatkan lumpuh  sebelah  badan atau stroke.
    84. Terasa  seperti  ada  orang  menolak  ketika  didalam  tandas.
    85. Terasa  seperti  ditarik atau disentap  kaki  ketika  baru nak lena tidur  ataupun seperti  dicucuk  jarum  pada kaki. 
    86. Suka  melakukan perkara  yang dilarang oleh Allah s.w.t.
    87. Sering  pengsan  tanpa  sebab.
    88. Mudah  kena  rasuk atau  histeria.
    89. Suka  kepada  perpecahan  dalam  hubungan  kekeluargaan.
    90. Sakit  bebola  mata.
    91. Mata  kabur  dan  terpaksa  memakai  cermin walaupun sihat sebelumnya.
    92. Terasa  macam ada  habuk / rambut di biji  mata.
    93. Sakit  batu  karang  berulang-ulang  walaupun batu telah di keluarkan.
    94. Sakit  jantung  berpanjangan  walaupun telah membuat  pembedahan.
    95. Sering  bangun  tidur  tengahari.
    96. Sering  bercakap  sendirian  tanpa  di sedari.
    97. Sering  terjaga  ditengah  malam  dan  sukar  untuk  tidur  semula.
    98. Sering  termenung  dan  cepat  stress.
    99. Sering  mengigil  badan  terasa  sejuk / panas.
    100. Sering  mengantuk  lepas  waktu  asar / magrib.
    101. Sering  mengeluh  dan  suka  menyalahkan  orang lain.
    102. Binatang  perliharaan  seperti  kucing, ayam, ikan  dan  burung  mati tanpa  sebab.
    103. Orang  yang  membantu  memberitahu  tempat  berubat  atau  yang bawa  pergi  tempat  berubat  pun  sakit  secara  tiba2. 

    Segala  yang  benar  itu datangnya  daripada ALLAH s.w.t  
    Yang  Maha   Pencipta  dan 
    yang  bathil  itu  datangnya  hanya  daripada  kelemahan  perawat
    makhluk  yang  diciptaNya...
    Wallahualam...
                                                                                                              



    TANDA2 MEMUNGKINKAN KEHADIRAN JIN SAKA BERADA 
    DIDALAM BADAN ATAUPUN DILUAR BADAN.

    Berdasarkan pengalaman perawat merawat pesakit2 yang 
    sering datang berjumpa perawat untuk mendapatkan rawatan,
    dapat perawat nyatakan disini... memungkinkan jin saka
    berada didalam badan atau luar badan pesakit 
    seperti dinyatakan dibawah ini.

    TANDA2 DIDALAM BADAN.

    1. Boleh melihat mahkluk halus (Jin) dan adapula boleh 
    berinteraksi dengannya. Jin Saka berkemungkinan berada
    penuh didalam badan atau berada dimata.
    2. Sakit pada anggota badan contoh diperut bererti jin saka 
    ada bertapak diperut atau sakit pada kaki memungkinkan 
    Jin saka ada dikaki.
    3. Mudah di serang histeria / kena rasuk atau tidak sedarkan diri.
    Berkemungkinan Jin Saka berada penuh didalam badan atau dikepala.
    4. Sukar untuk beribadat contoh sering lupa membaca ayat2 dari surah2 
    ketika solat maupun diluar solat. 
    Jin Saka berkemungkinan berada di otak.
    5. Sering pitam atau sakit kepala. 
    Tidak boleh mendengar bacaan ayat2 Al-Quran atau Azan. 
    Berkemungkinan Jin Saka berada penuh didalam badan atau dikepala.
    6. Apabila mendengar CD rukyah atau 
    dirukyah seorang/beramai oleh perawat2 pesakit mudah lemah
    dan sering tidak sedarkan diri contoh seperti kerasukkan dsbnya.
    Berkemungkinan Jin Saka berada penuh didalam badan atau dikepala.
    7. Bercakap seorang diri. Kadang2 bahasanya pun sukar difahami.
    Bercakap bahasa jawa , siam atau sbnya.
    Sebenar ia lebih kepada Jin Saka dalam badan
    berinteraksi dengan Jin Saka diluar badan.
    Berkemungkinan Jin Saka berada penuh didalam badan.
    8. Nafsu makan melampau / luarbiasa contoh budak laki2 
    berumur 7 tahun boleh habiskan 4 keping roti canai kosong 
    dan 3 bungkus nasi lemak  kurang dari 10 minit. 
    Berkemungkinan Jin Saka berada penuh didalam badan atau diperut.
    9. Suka pada warna2 tertentu contoh warna kuning, berkemungkinan 
    Jin Saka didalam badan memakai baju atau jubah kuning. 
    Kalau Jin Saka didalam badan pengotor yang empunya badan 
    juga bersifat pengotor.
    contoh malas mandi atau memakai pakaian kotor / tidak dibasuh.
    10. Tidak boleh berfikir secara normal dan tidak sedar apa yang di katanya.
    Berkemungkinan Jin Saka berada penuh didalam badan atau di otak.
    11. Terasa benda bergerak2 dibahagian bawah kulit badan.
    Berkemungkinan Jin Saka berada penuh didalam badan
    atau dipembuluh darah.
    12. Kerap sakit pinggang kadang2 keterlaluan atau tulang belakang.
    Berkemungkinan Jin saka berada di otak atau 
    didalam pembuluh darah.

    TANDA2 DILUAR BADAN.

    1. Apabila berjumpa mana2 perawat seperti mendapatkan rawatan 
    atau di rawat cara rukyah seorang / beramai2 dsgnya. 
    TIADA sebarang kesan berlaku... 
    contoh pening, pitam, lemah atau tidak sedarkan diri tidak berlaku.
    TIADA sebarang kesan / tindak balas yang berlaku 
    memungkinkan Jin Saka berada didalam kereta pesakit, kat rumah,
    kat traffic light atau ditengah jalan
    dan tidak bersama pesakit.
    2. Hati kerap berdebar2 / jantung berdegup laju
    memungkinkan Jin Saka terlalu hampir dengan Anda.
    3. Adakala naik / tegak Bulu roma / tengkuk atau seperti
    semut bergerak di belakang badan
    memungkinkan Jin Saka terlalu hampir dengan Anda.
    4. Badan sering terasa berat untuk berjalan / melangkah
    memungkinkan Jin saka duduk di bahu / belakang badan Anda.



    Gangguan Saka biasanya ia melibatkan gangguan
    fizikal dan mental
    rezeki
    zuriat
    kekeluargaan
    Tiada nasihat yang lebih baik dari perkataan Rasulullah SAW dan tiada sunah yang lebih baik dari sunah Rasulullah SAW. dengan bantuan Al-Quran dan sunah yang sahih, InshaaAllah segala gangguan dapat kita hindari dan sekiranya saka mengganggu pohonlah pertolongan daripada ALLAH s.w.t. sepertimana... 


    ALLAH berfirman: “Apabila syaitan menggoda mu maka mintalah perlindungan kepada ALLAH. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” (Surah al-A’raf ayat 200)


    Ada kalangan ahli keluarga pesakit enggan mengaku bahawa keluarga mereka ada mewarisi saka. Bahkan, ada juga yang memarahi perawat dikatakan  membuat tuduhan melulu. Dalam menghadapi keadaan ini sepatutnya ahli  keluarga pesakit/waris tidak perlu melenting... marah2 apabila mendapati  punca penyakit misteri yang dihidapinya berpunca dari gangguan saka tetapi  apa yang perlu dilakukan ialah berikhtiar untuk sembuh dengan cara yang  ditunjukkan oleh Allah dalam Al-Quran dan hadis serta jangan pula  menyalahkan kedua ibu bapa, datuk nenek atas kesilapan dari kejahilan mereka…
    Maafkanlah mereka... pohonlah keampunan untuk mereka yang mana
     pada ketika itu mereka memerlukan bantuan jin saka ini untuk menjadikan 
    mereka lebih kuat, hebat dan kaya.Mereka pun pasti tidak mahu melihat 
    keturunan mereka hidup dalam ketakutan dan penderitaan.



    ***Tanda2  ini  HANYA  terdapat  pada  gangguan  
    Tapak  rumah / Tempat bekerja atau 
    tempat belajar (sekolah) sahaja.

          
    Ketika  tidur.

    • Mimpi  lemas  didalam air.
    • Mimpi diminta buat  jamuan.
    • Mimpi  minta  berpindah atau  mencari rumah  lain.
    • Mimpi  minta  di korban  binatang  pada  waktu2  tertentu.
    • Mimpi diambil  darah  yang berwarna merah, kuning dan hitam.
    • Mimpi  di mandikan  dengan  darah.
    • Mimpi  di kapankan.
    • Mimpi di gigit semut / serangga / binatang  apabila tersedar  badan ada  tanda2  lebam.
    • Selalu  di himpit / di tindih / di cekik  ketika  tidur. 

    Ketika  jaga.
    • Terdengar  bisikan  atau  suara  orang  berkata-kata.
    • Perasaan  seram  dan  takut  pada  ruang  / tempat  tertentu atau  bilik  tertentu.
    • Sakit perut atau  dada tiba2  apabila  hendak ke sekolah atau  ke tempat  kerja.
    • Sakit di dalam telinga  bunyi berdengung  dan  sakit  dada  apabila  terjaga  dari tidur  waktu  siang  atau  malam.  
    • Sering  melihat  kelibat /  bayangan  yang  tidak  dapat  di kenalpasti.
    • Tanaman /  pokok-pokok  yang di tanam  keliling  rumah  tidak  subur.
    • Tidak  boleh  sesuka  hati  membersih  kawasan  rumah.
    • Makanan  atau  minuman  sering  di usik.Contoh  nasi  yang  masih  banyak pada  sebelah  malam  pada  keesokkan  harinya semua  habis  di makan.
    • Sering  gelisah  dan  tidak  tenteram  tanpa  sebab  ketika  didalam  rumah  dan  kerunsingan  hilang  apabila  berada  diluar  rumah atau  diluar  kawasan  rumah.
    • Makanan  yang  di masak  cepat  basi.
    • Lampu2 di dalam  rumah  kelihatan tidak  cukup  terang  cahayanya.
    • Barang  atau  perkakas  dalam  rumah  sering  berubah tempat.
    • Sering rumah di lihat berwajah suram tiada aura atau serinya.
    • Sering  terhidu  bau  wangi  atau  busuk.
    • Badan  sentiasa  lemah  tidak  bertenaga. 
    • Badan  rasa  demam  tapi  tidak  demam  secara  klinikal.
    • Malas  untuk  mandi  dan  badan  mengigil  tanpa  sebab.
    • Kulit  terasa  kering tanpa  kelembapan.
    • Kadangkala  anggota  keluarga  merapu  tanpa  sebab.
    • Sukar  untuk  tidur / melelapkan  mata.
    • Bayi  kerap  menangis.
    • Anggota  keluarga  sering  sakit  tanpa  sebab  klinikal  dan  sihat  apabila  berada  jauh  dari rumah  seperti  pergi  kerumah  yang  lain.
    • Ada ketika  balik ke rumah  pada  waktu  malam  didapati  halaman  dan  rumah  nampak  seperti  lautan. 
    • Didalam  rumah  atau  diluar  rumah  sering  di kotorkan  dengan  pasir  atau  sampah.