8. BUANG SAKA  CARA  D.I.Y




Membuang  Saka  secara D.I.Y. . . ! ?
membuang  saka  bukanlah  suatu  perkara  yang mudah tetapi  
bukan lah  pulak  mustahil . . .
Setahu  perawat  dan  perawat  berpendapat  berdasarkan 
pengalaman  mereka  yang  benar2 pakar dan mahir  pun  
belum  tentu  dapat  membuang  SAKA....
TETAPI
MENGHALANG / MENYEKAT  gangguan itu
InshaaAllah  boleh. . .dengan Ayat Manzil  atau . . .
Apapun  cara2 nya  ada  perawat  nyatakan dibawah  ini. . .

  1. Sentiasa berzikir dengan lidah, hati dan akal.
        Hati  dan  akal  fikiran sentiasa mengingati  Allah s.w.t.

  1. Sentiasa  memohon  pertolongan dari Allah s.w.t. atas
        kebesaran dan  kekuasaannya mengatasi  segala-galanya.

  1. Sentiasa  berpegang  kepada  hukum2  Allah s.w.t  
        dengan   melakukan  perkara2 yang  disuruh  dan
        meninggalkan  segala  larangannya.

  1. Sentiasa  melakukan  solat2  sunat tetapi  AWAS  
        jangan  pula  meninggalkan  solat2  wajib.

  1. Sentiasa berdoa setiap kali nak membuat sesuatu perkerjaan.(sila  rujuk  doa2  yang di ajar oleh  Rasulullah s.a.w.)

  1. Sentiasa  berwudhu jangan putus berwudhu.

  1. Sentiasa  bersihkan diri dan pakai minyak bauan kasturi.

  1. Sentiasa  beristifar dan memohon  perlindungan / pertolongan  
        dari  Allah s.w.t.

  1. Sentiasa  berselawat .

  1. Sentiasa  membaca  Al-Quran  terutama  surah2  seperti  
        surah Al-Baqarah  mula  ayat hingga  akhir  ayat,
        surah Al-Jin, surah Fussilat  dan  3 Qul  iaitu  surah  Al-Ikhlas,
        Al- Falaq  dan  surah An-Nas.

Apa  yang  di nyatakan  diatas  hendaklah  di lakukan  
bersederhana, bersungguh2  dan berterusan  serta  
berkeyakinan  bahawa  Allah  s.w.t.  
maha  berkuasa  melindungi  manusia  dari  segala2nya.




PERLU  DIKETAHUI. . .
SAKA adalah Makhluk Halus yang di wariskan seseorang
atau kelompok / golongan tertentu kepada orang lain secara langsung
atau tidak langsung bahkan disedari atau tidak. Warisan ada 
pertalian  darah maupun tidak ada pertalian sama sekali.

Pada Umumnya perpindahan SAKA tersebut
melibatkan keturunan secara turun temurun.

Saka terdiri dari 3 Jenis.

1. Saka Benda.
   – Saka Benda merupakan benda2  peninggalan keturunan/leluhur,
      ada pertalian atau tidak ada pertalian darah.

2. Saka Ilmu.
    – Saka ilmu berupa baca-bacaan khusus di turunkan oleh                          pewarisnya,ada pertalian atau tidak ada pertalian darah.

3. Saka Ghaib.
     –  Saka Ghaib merupakan makhluk halus diperturunkan orang tua            atau  nenek  moyangnya maupun pewarisnya, 
         ada pertalian atau tidak ada pertalian darah.

SAKA… adalah masalah gangguan makhluk halus yang kerap ditemui ditengah masyarakat modern maupun tradisional hari ini. Selain Akibat Ilmu Sihir, SAKA termasuk gangguan ghaib yang sukar disembuhkan dan memerlukan waktu
yang panjang dalam pengubatannya atau perawatannya.

Apabila Saka tersebut sudah menjadi  darah daging / sebati
maka lebih sukar lagi membuangnya.
Maka memerlukan keahlian khusus untuk merawatnya.
Berbeza dengan orang sekarang, Bahawa orang2  dulu suka
memunafaatkan makhluk2  halus sebagai pembantu mereka.
misalnya untuk menjaga diri, menjaga rumah, menjaga keluarga,
menjaga kebun, menjaga ternak peliharaan, menjaga harta benda,
termasuk juga untuk dibawa berperang melawan penjajahan dan
untuk membantu melakukan pengubatan. Merupakan Budaya 
bahawa setiap keluarga zaman dahulu pembantunya
dari kalangan makhluk halus. Dan sudah menjadi keperluan pada
masa zaman dahulu disebabkan alat-alat modern belum ada.
Jadi dengan memakai para makhluk halus orang2  zaman dulu
boleh melakukan banyak hal. Berbeza jauh dengan orang2 
modern zaman sekarang, masing2 banyak menolak 
kepercayaan2  itu. Orang2 modern kini lebih menggunakan
rasionalisma daripada irrasional. Perpindahan zaman tersebut 
tentunya memunculkan persoalan2 baru yang memerlukan kajian2 
lebih dalam dan khusus dari orang2 tertentu yang dipercayai 
untuk menemukan penyelesaian tepat sesuai dengan
kepercayaan dan keyakinan masing2.

Antara lain: Saka telah menimbulkan efek negatif yang sangat besar
juga meluas didalam  aspek kehidupan umat manusia, kerana saka
mengganggu bahkan merosak semua aspek kehidupan generasi seperti . . . 
fizik, mental, spiritual, ugama, ekonomi, sosial, keluarga 
dan lain sebagainya.
Saka juga dapat menimbulkan perselisihan dalam rumah tangga
( antara pasangan suami isteri),  menyebabkan manusia sukar mendapat pekerjaan bahkan tidak mendapat kerja sama sekali, juga saka mendorong manusia melakukan ritual yang bertentangan dengan syari’at Islam dan lainnya.  Penyebab Saka juga  membuat pola hidup bertambah sombong dan angkuh. Bahkan masih banyak lagi hal2 negatif lainya akibat dari Saka.
Hanya mereka yang pernah menghadapinya faham dan mengerti…