5. SANTAU / LEMAH TENAGA BATIN



BUANG  SAKA  RAWAT  SIHIR
pakarbuangsaka.blogspot.com

Daftar dan  Scan  -  PERCUMA 

Buang Saka
Cara membuang Saka dengan 
membatalkan / memutuskan  Penjanjian Saka.

 MOHD     017 382 6017



SANTAU atau juga dikenali sebagai tuju-tuju, merujuk kepada sejenis ilmu hitam yang digunakan untuk meracun musuh. Secara umum, santau dilakukan dengan 2 cara iaitu cara fizikal dan cara santau angin.

SANTAU BIASA
Santau fizikal biasanya meracun seseorang melalui makanan atau minuman. Makanan seseorang itu ditaruh miang buluh,serbuk kaca, serbuk mentol lampu,karat bisa besi,abuk ulat kuning,najis cicak , dan lain-lain.
Bahan-bahan tersebut akan memasuki perut seseorang dan akan melukakan bahagian dalam perut. Musuh yang termakan racun santau ini biasanya akan muntah darah, pengsan dan adakalanya boleh  membawa maut. 

SANTAU ANGIN
Santau angin(Salah satu dari ranting sihir) lebih mistik iaitu dengan bacaan jampi tertentu dan dihembuskan ke arah musuh dari jarak dekat maupun jauh.(BIASANYA DIBANTU DENGAN SAKA PELIHARAANNYA)Santau yang disertai dengan pemujaan terhadap jin dan syaitan. Santau ini agak sukar dirawat kerana ia melibatkan jin yang memiliki sayap dan terbang di udara. Biasanya mangsa akan menjadi kurus kering serta batuk berpanjangan.

Secara umumnya, santau ditujukan kepada mangsa bertujuan seperti berikut:

1.Mencari rezeki melalui upah untuk kenakan santau kepada seseorang.
2.Mesti dibuang pada masa tertentu.jika tidak santau tersebut akan memakan tuannya dan keluargannya.
Menurut kepercayaan pengamal ilmu santau angin ini sukar atau tidak mendapat zuriat disebabkan bisa santau yang diamalkan oleh mereka mampu membunuh zuriat yang dikandung oleh isteri mereka. Biasanya santau ini... jika tidak di beri makan pada orang lain samada kawan atau musuh ia akan memakan orang yang paling hampir dengannya seperti anak2,saudara-mara,mau pun suaminya sendiri seandai tidak,.... pasti meragut nyawanya pula !.. santau yang di dimilikinya biasanya adalah yang hebat adalah dari SAKA KETURUNANNYA.(Sakanya pakar dalam hal santau terutama merawat dan membuat).

SANTAU SAPU
Terdapat juga jenis santau yang hanya perlu diletakkan pada baju atau kasut mangsa. Bagi santau jenis ini, serbuk kaca atau buluh akan menyebabkan rasa miang yang menyebabkan mangsa menggaru. Perbuatan ini akan melukakan kulit mangsa dan membolehkan bahan racun ramuan santau memasuki saluran darah, dengan itu meracun mangsa. Tetapi kaedah ini jarang di gunakan.

Kesimpulannya santau adalah satu bentuk racun yang digunakan bagi membunuh musuh dengan  lebih berkesan dan mampu membunuh dengan cara perlahan2 serta menyakitkan atau dengan lebih cepat !!! sehingga membawa kepada kematian.

TANDA2 TERKENA SANTAU
1. Batuk yang berpanjangan ada ketikanya keluar darah dan nanah. 
2. Sakit sesak nafas. 
3. Sakit sendi dan lenguh seluruh anggota badan. 
4. Penafasan menjadi busuk dan kuku menjadi biru dan kadang2 hitam.
5. Bawah kelopak mata berwarna biru.
6. Sentiasa sakit pada tulang belakang.
7. Istihadah bagi wanita berpanjangan tidak seperti biasa.

                        

               AWAS !!! SANTAU TIDAK KENAL KAWAN ATAU LAWAN !
                                                                                                             



@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


                                                                                                         

Lemah tenaga batin atau juga dikenali sebagai mati pucuk merujuk kepada ciri-ciri kegagalan alat kelamin lelaki untuk menegang atau mengekalkan ketegangan sehingga mencapai kepuasan seks.Ia juga dikenali dengan nama disfundigsi erektil (ED) atau "impotens'"' dalam istilah perubatan.
Keadaan ini berpunca dari banyak sebab, seperti masalah jantung yang tidak disedari, darah tinggi dan kencing manis, kebanyakannya ada yang mampu dirawat dan tidak kurang pula gagal di rawat.Ini mengikut pandangan perubatan moden....
Ramai juga lelaki di negara ini berdepan risiko mati pucuk pada usia muda disebabkan menghadapi masalah batin kronik angkara perbuatan sendiri.
Ia berpunca daripada sikap ketagih melakukan onani, kerap menonton video lucah dan gemar mengunjungi pusat urut batin tidak bertauliah yang menawarkan pelbagai perkhidmatan ‘ekstra’.
Lebih membimbangkan, perbuatan mereka sebelum berkahwin itu memberi kesan apabila mendirikan rumah tangga, malah ada kes dilaporkan berlakunya perceraian pada malam pertama perkahwinan.
Akibat tidak mampu memuaskan nafsu isteri, ada yang terpaksa bergantung kepada alat bantuan seks dan video lucah ketika melakukan hubungan kelamin.
Walaubagaimanapun ada sebab2 yang lain yang ramai orang tidak ketahui...
SAKA !...  SIHIR !... juga berperanan  menyebabkan ianya demikian...samada ANDA bersetuju dengan pendapat ini terpulang kepada anda untuk membuat analisa dan penilaian sendiri.
SAKA boleh menyebabkan pewarisnya lemah tenaga batin akibat gangguan saka yang tidak di bela dan adakalanya nafsu pewaris Saka itu melampaui dari biasa.Tenaga batinnya memang luarbiasa hebat lebih dari tenaga 10 lelaki biasa.
SIHIR merasa mampu sepenuhnya untuk mengauli isterinya,bahkan alat kelaminnya boleh tegang selagi jauh dari isterinya tiba2 jadi lemah bila nak melakukan persetubuhan, menyebabkan gagal mendatangi/mengauli isterinya adakala  sebab tidak bernafsu atau ertikata lainnya tiba2 mati pucuk. 
Kesimpulanya bukannya pemakanan,.. atau cara hidup yang tidak sihat sahaja boleh menyebabkan lemah tenaga batin tetapi lemah tenaga batin juga boleh berlaku memungkinkan juga dari gangguan SAKA  dan  SIHIR  yang sukar di kesan dengan rawatan moden.