6. AYAT MANZIL DAN CARA MERAWAT SIHIR




AYAT  MANZIL

Daftar dan  Scan  -  PERCUMA 

Buang Saka
Cara membuang Saka dengan 
membatalkan / memutuskan  Penjanjian Saka.

 MOHD     017 382 6017


Manzil (penawar  dan  ubat )
Tulisan  mengenai  MANZIL  ini mengandungi  beberapa  ayat-ayat  
Al-Qur'an yang telah di ajar  oleh  Rasulullah S.A.W. 
kepada  sahabat  r.a.  sebagai  Syifa' ( penawar  dan  ubat ) 
dari  beberapa  jenis  penyakit  rohani  dan  jasmani  serta 
sebagai  pelindung  dari  SIHIR. Kelebihan  dan  Fadhilat  Manzil  
ini  terlalu banyak. 
Dari  pengalaman  orang, Manzil  ini  sangat  mujarab  untuk  
menyembuh penyakit  sihir, gangguan  jin  dan  lain-lain. 
Dua  cara  boleh di gunapakai  untuk merawat/mengubat  
pesakit  ialah  dengan  pesakit  sendiri  membaca  ayat-ayat tersebut ataupun orang  lain  boleh membacakannya  dan  menghembus  pada atas air  untuk  di minum  oleh  pesakit.
Hadith  sahih  mengenai  amalan  ini  terdapat  di dalam  kitab  
HAYATUS-SAHABAH (jilid 3, m.s.374) yang di karang oleh  
As-Syeikhul  Kabir  Maulana Mohammad Yusuf rah.a ibn 
Maulana Ilyas rah.a. Hadis  tersebut  di keluarkan oleh  Imam Ahmad, Hakim, dan Tarmidhi  rah.a. Ubai  bin  Kaab r.a.  
telah  meriwayatkan ..."Sewaktu  kami  bersama  Rasulullah s.a.w.  seorang  badwi telah  datang  kepada  Baginda  dan  berkata: "Ya  Rasulullah s.a.w. saya  ada  seorang  saudara yang telah  di timpa penyakit."Baginda s.a.w.  telah  bertanya"penyakit  apa?"jawabnya :"sejenis  gila." Rasulullah  menyuruh  orang  itu  membawa saudaranya.Kemudian  baginda  Rasulullah s.a.w. telah  
membaca  surah-surah  dan  ayat  di bawah  ini:- 

Bacaan    1  : Al-Fatihah
Bacaan    2  : Surah Al-Baqarah ( Surah 2 ) ayat  1 - 5
Bacaan    3  : Surah Al-Baqarah (Surah  2 ) ayat  163
Bacaan    4  : Surah  Al-baqarah (surah 2 ) ayat 255-257
Bacaan    5  : Surah  Al-Baqarah (Surah 2 ) ayat 284-286
Bacaan    6  : Surah  Al-Imran  (Surah 3 ) ayat  18
Bacaan    7  : Surah  Al-Imran  (Surah 3 ) ayat 26-27
Bacaan    8  : Surah  Al-A'raaf ( Surah 7 ) ayat 54-56
Bacaan    9  : Surah  Al-Israa' ( Surah 17 ) ayat 110 -111
Bacaan  10  : Surah  Al-Mu'minuun ( Surah 23 ) ayat  115-118  
Bacaan  11   : Surah  As-saaffaat  (surah 37 ) ayat 1-11
Bacaan  12  : Surah  Ar-Rahman (Surah 55 ) ayat 33-40
Bacaan  13  : Surah  Al-Hasyr (Surah 59 ) ayat 21-24
Bacaan  14  : Surah  Al-Jinn ( Surah 72 ) ayat 1-4
Bacaan  15  : Surah  Al-Kafiruun ( Surah 109 ) ayat 1-6
Bacaan  16  : Surah  Al-Ikhlas ( Surah 112 ) ayat 1-4
Bacaan  17  : Surah  Al-Falaq (Surah 113 ) ayat 1-5
Bacaan  18  : Surah  An-nas ( Surah  114 ) ayat 1-6...

Ayat  Manzil  boleh  digunakan 
untuk  rawatan  gangguan  saka  dan  sihir.



APA ITU SIHIR?

Sihir/Ilmu Hitam dari segi istilah merupakan 
satu perbuatan menyakiti  atau mempengaruhi 
badan, hati atau akal orang yang disihir 
secara tersembunyi (ghaib), yang tidak secara langsung 
atau secara lansung  melibatkan  MAKHLUK  HALUS  ( Jin/Syaitan )
dan dilakukan di luar hukum alam bagi mencapai tujuan tertentu...

contohnya menyakiti seseorang.
seperti  mengganggu  kesihatan, hubungan  diantara manusia,
termasuk  harta  kekayaan  dengan  menggunakan kaedah 
mentera maupun  alat2 tertentu.
Yang mana ianya mampu terkesan  secara 
tiba2 timbul  perasaan kasih sayang,  atau  benci, 
tiba2 berlaku kebaikan  atau  ditimpa  musibah  
atau pun tiba2  sakit2 badan.

Kaedah  Merawat  SIHIR...

Sihir  merupakan salah satu daripada jenis penyakit  
yang memerlukan khidmat rawatan. 
Penggunaan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa tertentu  
boleh membantu bagi merawat pesakit yang disihir. 
Aspek  yang sering mendapat perhatian dan kritikan adalah terhadap kaedah dan teknik rawatan yang dijalankan di pusat-pusat rawatan Islam. Antaranya kaedah scanning, kaedah rawatan jarak jauh, kaedah jampi, kaedah pukulan, kaedah minum dan mandi air jampi dan sebagainya lagi. 
Boleh dikatakan bahawa, kaedah-kaedah rawatan tersebut 
dijalankan bagi mengubati pesakit yang mendakwa dirinya disihir. 
Persoalan di sini adalah berhubung dengan ketepatan kaedah 
dan teknik tersebut menurut amalan Nabi SAW ataupun tidak. 
Ini kerana kemungkinan kaedah dan teknik tersebut menyerupakan amalan perdukunan (perbomohan) atau 
kaedah yang menyalahi tuntutan syariat itu sendiri.

Tujuh (7) pendekatan dan kaedah rawatan

Pertama: Kaedah Mengenalpasti Tempat Barang Sihir Disembunyikan

Kedua: Kaedah Mengeluarkan Bahan Sihir dan Membatalkannya

Ketiga: Kaedah Menanam dan Memusnahkan Bahan Sihir

Keempat: Kaedah  Ruqyah Ke  Atas Mangsa Sihir 
(Termasuk Melakukan  al-Nushrah  yang Dibenarkan)

Kelima: Kaedah Memberi Minum Air Ruqyah

Keenam: Kaedah Mandi

Ketujuh: Kaedah Tepukan 
(Menepuk-Nepuk Tubuh Pesakit Menggunakan Tapak Tangan)

Dah jelas menunjukkan bahawa Nabi SAW telah menerangkan 
secara terperinci berhubung dengan kaedah dan pendekatan
yang terbaik  bagi merawat masalah sihir. 
Hal ini menunjukkan bahawa berhubung dengan rawatan sihir setiap individu khususnya dalam kalangan perawat perlu jelas bahawa Nabi SAW pernah melakukan rawatan terhadap sihir yang dihadapi oleh baginda. Dari itu sepatutnya segala pendekatan dan kaedah yang dilakukan oleh Nabi SAW menjadi panduan dan  rujukan utama dalam rawatan sihir dan meninggalkan daripada menggunakan kaedah dan pendekatan yang tidak jelas kesahihannya atau kaedah yang masih diragui serta menyerupai amalan para bomoh dalam  rawatan yang dijalankan.

Seperti  dinyatakan  sebelum ini
Sihir/Ilmu Hitam dari segi istilah merupakan 
satu perbuatan menyakiti  atau mempengaruhi 
badan, hati atau akal orang yang disihir 
secara tersembunyi (ghaib), yang tidak secara langsung 
atau secara lansung  melibatkan  MAKHLUK  HALUS  ( Jin/Syaitan )
dan dilakukan di luar hukum alam bagi mencapai tujuan tertentu...
JIKA  TERKENA....
Pasti nanti  temui  kesukaran  untuk  
menghalangnya  atau  merawatnya.
Semakin  lama  penyakit sihir  tersebut  dalam  diri manusia,
ianya  semakin sukar  untuk di rawat.
Yang  benar2  pakar pun belum  tentu  boleh  merawat
dengan  jayanya.
Dalam Islam  disarankan  kepada  manusia  ikhtiar  untuk
menghalang/menghindarkan  diri  dari  terkena  sihir.
Dengan  membaca  Surah al-Fatihah, 11  ayat  dalam  Surah al-baqarah
iaitu  ayat 1  hingga 5, ayat 255, 256 & 257, serta  3  ayat  terakhir 
284, 285 & 286  selain 3 kul.

Dari  pengalaman  perawat  merawat  sihir  
ada  beberapa  Tahap  Sihir  
yang  perlu  Anda  pesakit  atau  waris  ketahui...
Skop  cabang dan ranting  Sihir  ini  amat  luas.
Tahap2  Sihir ini perlu di ketahui . . .

Tahap  1
Niat  seseorang  untuk  mengenakan  sihirnya  dengan  ilmu  yang  sedikit.  
Contoh ; memakai  minyak  wangi  untuk  buat  seseorang  gila  padanya
boleh  berlaku  walaupun  mentera  yang  dibaca  Tidak  berapa  betul  pun
ianya  masih  boleh  dan  akan  berlaku  sekiranya  ia  secara  total  
mensyirikkan  Allah s.w.t.
Tahap  ini  dengan  mudah  boleh  dirawat  cara  rukyah...

Tahap 2
Dengan  menggunakan  khidmat  bomoh  seperti  barang2  tertentu
yang  telah  dibacakan  mentera.

Contoh ;Dipakai  dibadan  orang  yang  nak  mengenakan  sihir  atau
menanam  barang2  ini  ditanah  kuburan  atau  dihalaman
rumah  orang  yang  hendak  disakiti.
( dipakai  atau  ditanam  oleh  orang  yang  nak  mengenakan  sihir )
Tahap  ini  masih  boleh  dirawat  tetapi  barang2  sihir  yang ditanam
perlu  diambil  dan  dihapuskan.

Tahap 3
Barang2  sihir  yang  dihantar  oleh  bomoh  sihir
dengan  mengunakan  khidmat  Jin Syaitan.
Dengan  menanam barang2  ini dihalaman  rumah, atas  siling  rumah,
dimasukkan  kedalam  badan  pesakit.
Tahap  ini  susah  untuk  dirawat...

Tahap 4
Barang2  sihir  yang  ditanam  oleh  bomoh  sihir  sendiri
ditempat  kotor  seperti  berlimbah  untuk  ditapakan.
Tahap  ini   semakin  susah  untuk  dirawat.

Tahap 5
Barang2  sihir  yang  diPUJA  ditangan  bomoh  sihir  atau  dipakai
dibadannya...
Tahap  ini  paling  sukar  untuk  dirawat  
yang  benar2  pakar  merawat  pun  belum  tentu  dapat  merawat.
Nyawa  akan  jadi  taruhan  kerana  terpaksa  berdepan
dengan  bomoh  sihir...

Yang  dinyatakan  diatas  belum  melibatkan  
barang2  sihir  yang digunakan
kerana barang2  yang  selalu  digunakan  bomoh  
biasanya  mudah  dirawat.   
Contoh ;  paku, jarum, rambut, kaca, kain berbagai warna,
pasir tanah, serbuk kemian, minyak  wangi  dll,
tetapi  kalau  bomoh  sihir  ini  menggunakan  barang2  sihir
yang  jarang  digunakan pakai  
pasti  merawatnya  menemui  kesukaran.

Lain pula bagi orang yang beriman...
Orang2 yang beriman dengan Allah 
mempunyai banyak kelebihan di dalam  menghadapi sihir. 
Pertamanya mereka mempunyai tempat pergantungan dan tempat berlindung yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa iaitu Allah "Azza Wajalla. 
Imam Ibnu Qaiyim telah berkata, 
"Ubat yang paling bermanfaat untuk penyakit sihir ialah 
Al Adahihiyah Al Ailahiyah (penawar Ketuhanan) iaitu 
dengan banyak berzikir, membaca Al-Quran dan berdoa. 
Seseorang  yang beriman itu menganggap bahawa sihir yang menimpanya sebagai satu ujian dari Allah. 
Sekiranya ia melalui ujian ini dengan cara yang betul sepertimana 
yang dikehendaki oleh Allah maka Inshaa Allah bertambahlah imannya. 
Kaifiat penghadang sihir ini seperti yang diamalkan oleh 
Rasulullah s. a. w. telahpun dijelaskan di dalam tajuk Tibb Nabawi.
Orang-orang yang beriman hendaklah meyakini bahawa kuasa Allah s. w. t. mengatasi segala-galanya baik yang ada di langit mahupun yang ada di bumi dan bahawa interaksi dengan Ayat-Ayat Allah (Al-Quran) itu sebesar-besar penawar; oleh itu mereka tidak perlu berubat dengan cara-cara yang memudaratkan aqidah seseorang seperti dengan berlindung dengan jin dan
syaitan melalui perantaraan bomoh atau dukun dan jin-jin yang tidak beramal dengan petunjuk Allah s. w. t. 
Imam As Syafie mengharuskan penggunaan jin (Jin Islam-pen) 
di dalam perkara melawan sihir sahaja. 
Manakala Imam Hanafi, Hambali dan Maliki tidak 
mengharuskannya sama sekali. Oleh yang demikian kita dapati 
di Nusantara Melayu yang rata-rata bermazhab Syafie ramai sekali kedapatan amalan ini. Akan tetapi perlu diingatkan seperti yang 
dijelaskan Masalah Berubat Dengan Perantaraan Jin adalah di larang boleh membawa kepada  syirik, terdapat bahaya-bahaya yang 
banyak terutama  bagi mereka yang jahil apabila meminta 
pertolongan dengan jin seperti pandangan Syeikhul Islam IbnuTaymiyah.
 "Jin itu tiga golongan, satu golongan yang mempunyai sayap yang boleh terbang di angkasa, satu golongan berupa ular dan satu lagi golongan yang bertempat dan berpindah".
Didalam Al-Quran juga disebut jin dalam bangsa-bangsa yang disebut jin,
ifrit dan syaitan. Bangsa-bangsa jin yang memegang peranan penting itu
amatlah banyak, antaranya:-

1. Iblis - bapa segala jin
2. As Syaitan - syaitan
3. Al Muraddah - peragu (pewas-was)
4. Al Afariit - Ifrit (penipu-penipu)
5. Al A"wan - penolong-penolong (khadam)
6. Al-Ghawasuum- penyelam-penyelam
7. Atthiaruun - penerbang-penerbang
8. Attawabi" - pengikut-pengikut
9. Al Qarna" - pengawan-pengawan
10. Al "Ammar - pemaa"mur-pemaa"mur

Kepada  kes2  kerasukkan tindakan yang paling berkesan terhadap mereka yang dirasuki jin kafir ialah dengan melaungkan azan.