BUANG SAKA RAWAT SIHIR
pakarbuangsaka.blogspot.com
Mukaddimah
Jin merupakan satu-satu nya makhluk ciptaan tuhan dimana kejadian asal mereka dicipta dari api / pucuk nyalaan api seperti firman Allah didalam AlQuran, 'Dan Allah mencipta jin dari api yang menyala' ( Ar-Rahman : 15 ). Iblis dan syaitan (sifat jahat ) adalah juga dari kalangan jin. Mereka menganut pelbagai agama , bersuku bangsa dan ada sebahagian kecil perbandingannya yang beragama islam. Antara kelebihan yang Allah restu kepada mereka adalah menyamar, mampu memasuki tubuh badan manusia melalui pembuluh darah, sukar dilihati oleh manusia, boleh menjangkau umur panjang hingga ribuan tahun, boleh melakukan sihir dan memusnahkan hidup manusia dengan pesongan, boleh memudaratkan penyakit misteri ,kanser, mental, penceraian dll.Samada berbentuk fizikal dan spiritual.
Golongan jin cenderung untuk
mendampingi manusia. Begitu juga manusia tertarik
kepada sesuatu kesaktian dari mereka .Namun Allah
telah memberi amaran melalui firman nya di dalam
Surah Al-Jin : 6
'Dan bahawasanya ada beberapa
lelaki dari kalangan manusia meminta perlindungan
kepada beberapa lelaki dari kalangan jin,maka
jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan
kesesatan.'
Sesungguhnya dari pengertian
diatas, dari awal lagi Allah telah
membatasi kita dari mengada apa-apa hubungan
dengan jin-jin kerana takut terpesung akidah dan
terpedaya kerana kita tidak melihat mereka.
Jangan sekali mengambil mudah menyangkakan mereka
ini wali-wali atau jin islam yang
alim kerana didatangi dalam mimpi dengan salam
dan sebagainya. AWAS ! Disinilah bermula tipudaya
jin dan syaitan terhadap manusia . Pada
prinsip kejadianya, jin tidak dapat dilihat oleh
manusia, melainkan sesiapa diberi anugerah
Allah untuk dapat melihat atau secara kebetulan
terlihat didalam situasi tertentu. Dari kefahaman
ini, jin boleh memperlihatkan dirinya kepada
manusia bukanlah sesuatu yang mustahil sama
sekali.
Jin-jin ini setelah
peninggalan tuannya akan menjadi saka
keturunan yang membawa penderitan kepada anak
cucu cicit. Dalam konteks budaya masyarakat kita
makhluk halus ini akan terus di
expoitasikan oleh pengamal ilmu hitam sebagai
punca mata pencarian yang menarik kerana
sentiasa didatangi pelanggan.
Dari kalangan jin, ada yang
pintar melakukan sihir, ada yang bodoh tak
berguna. Dalam pada itu juga bukan semua
jin dapat mengesan sihir yang dilakukan
oleh jin yang lain. Sasaran serangan utama
jin terhadap manusia adalah ke otak (
mengawal akal ) dan ke jantung ( mengawal hati
qalbi ) membuat seseorang itu dikuasai sepenuhnya.
Maklumat atau info lain
tentang jin-jin, simptom gangguan, jenis
sihir, tanda mimpi tidak ingin kami ulaskan
kerana maklumat ini sudah pun diketahui
ramai samada melalui internet dan sebagainya.
PENGKHIANATAN JIN TERHADAP
MANUSIA
Sebagai orang islam, Rasulullah
adalah contoh terbaik untuk di ikuti dan mengajar
kita berbagai doa serta amalan untuk dikerjakan
sepanjang usia hidup kita. Kesemua ini
adalah untuk menyelamatkan diri kita dari
kejahatan dan tipudaya syaitan yang mengelirukan.
Kita diajar berdoa untuk setiap perlakuan
seperti berdoa untuk makan, naik kenderaan ,masuk
tandas , tidur malam dan seterusnya. Ini akan
melindungi keselamatan dari gangguan jin
dan syaitan dimana saja.
SAKA:
Jin-jin /Syaitan yang dahulunya
didampingi oleh datuk nenek moyang kita
untuk sesuatu kepentingan dan selepas mereka
meninggal dunia kita menjadi warisan kepada
ahli keturunan mereka melalui pertalian darah.
Saka yang tidak terbela atau dijamu akan
menyerang pewaris baru dengan penyakit
misteri dan kronik samada pewaris itu tahu
atau tidak. Tujuan saka adalah untuk
memberi tanda
kewujudan mereka pada tuannya
yang baru.
Disamping mendatangi kemudaratan
kepada pewarisnya ada saka yang handal
boleh menyerang musuh ( samada manusia atau jin
lain ) yang mengkhianati tuannya. Ada saka
yang sebatang karah ( seorang diri ) ada
yang berkumpulan kecil dan ada yang mengelapa i
satu batalion atau satu kerajaan. Sesaorang
pewaris kadang kala didapati mewarisi lebih dari
satu puak saka tergantung kepada pengambilan
oleh datuk, nenek moyang mereka dulu.
Saka mampu mencorakkan
pewarisnya bertukar personaliti, sifat,watak
kepada kelakuan yang tidak baik, ganas,
mengakibatkan penceraian, pembunuhan misteri yang mengejutkan
ahli keluarga dan sebagainya. Dalam kebanyakan
kes yang kami berjaya merawat mendapati pesakit
sebelum ini telah dirujuk kepada psaikaitris
yang mengdiagnosis kan pesakit ini sebagai
menghidap penyakit kesihatan Mental iaitu
Skizoprenia dan Bipolar.
Pesakit-pesakit ini juga
mengalami halusinasi ( hallucination ) iaitu melihat
kelibat makhluk halus dan mendengar bisikan suara
ghaib .Mengikut perubatan moden yang menolak
kehadiran makhluk halus sebagai penyebab (
sungguh pun didalam Al-Quran dan Hadis jelas
menyatakan sebaliknya ) tetapi mengakui tiada
penyembuhan terhadap penyakit ini. Memakan ubat hanya
sebagai usaha untuk mengawal perasaan pesakit
saja, tapi tidak menjamin sesuatu kejadian buruk
itu tidak boleh berlaku lagi.
SIHIR :
sihir yang merangkumi segala
perubatan mainan cara halus dan skop kejahatan
tidak terbatas termasuk santau tergantung kepada
kemahiran jin-jin yang dipergunakan oleh pengamal
ilmu hitam. Seseorang mangsa sihir akan mengalami
penderitaan hidup dan boleh membawa maut
dengan izin allah sekiranya penyakitnya tidak dipulihkan
mengikut masa .Sama seperti angkara Saka ,Sihir
juga boleh mengakibatkan seseorang pesakit
mengalami kanser, sakit jantung, sakit buah pinggang
menjadi pengasih atau pembenci dan
sebagainya. Disinilah seseorangharus dapat membezakan
berdasarkan dalil tertentu samada penyakit ini
berpunca dari Sihir atau pemakanan dan gaya hidup
tidak sihat agar rawatan sesuai dapat diambil
dari awal lagi.
Sihir dibuat samada untuk membuat
mangsa derita seumur hidup atau membunuh. Sihir
biasanya dilakukan oleh seseorang menggunakan
lebih dari seorang bomoh. Mengikut pengalaman
kami ada yang melebihi dua puluh
orang bomoh melakukan Sihir keatas seoarang
mangsa .Cuba bayangkan bagaimana cara seseorang
perawat perlu hadapi kerana serangan sihir
dari jin bomoh ditujukan bukan kepada mangsa
saja bahkan perawatnya sekali.
Sihir boleh dibuat oleh
pengamal ilmu hitam samada penghantaran
bahan berbisa saja melalui angin menggunakan
kuasa jin kedalam badan mangsa atau jin
jahat bersama bahan Sihir memasuki dan
mendiami didalam badan mangsa .
Sesuatu Sihir yang berlaku
sekiranya tidak buang dan dipulihkan, ianya
akan berada didalam badan seseorang sampai mati
,kemudaratan bergantung kepada kekuatan Sihir
yang dilakukan.
Kadangkala seseorang pesakit
berjumpa seorang perawat ,rawatan yang diberi
hanya sekali sahaja. Untuk kali kedua perawat
sudah tidak begitu bersungguh sungguh dan
cara percakapan dan pengendaliannya sudah
kelainan.Ini menunjukkan Sihir itu kuat dan
perawat tidak sanggup meneruskannya kerana takut
diserang jin pihak lawan. Bagi bomoh jin
,kadangkala jinnya diperas ugut oleh jin pihak
lawan yang lebih agresif menyebabkan jin/bomoh
tersebut terpaksa membuat rawatan yang terbalik.
Sebab itulah dalam banyak kes mangsa akan
merasai keadaannya lebih parah lagi berbandingan
keadaan sebelumnya .Hal seumpama ini tidak ramai
orang yang mengetahui.
Ada masanya juga jin-jin
perawat / bomoh sewenangnya ikut memasuki badan
mangsa membuat mangsa semakin tenat. Perawat yang
menggunakan jin sudah tentu menggetahui jin
siapa yang kuat dia lah yang mengusai
keadaan. Didalam hal perawat tidak menggunakan bantuan
jin pula, tentangan atau serangan dari jin /
bomoh yang melakukan sihir itu adalah sama, Cuma
cara dan kaedah untuk mengatasinya berlainan.
Lintasan: Selain dari saka
dan sihir, jin kadangkala suka atau
cenderung terhadap sesaorang manusia akan mengikutnya .Dalam
keadaan ini untuk membuang jin
yang mengikutnya adalah lebih
senang namun seorang perawat itu mesti juga dan
kepakaran tapi risikonya tidak lah tinggi sebagaimana
berlaku sihir atau angkara saka. Sekiranya jin
itu dibuang,ianya secara tidak langsung
boleh menjadi saka kepada keturunan orang
yangdiikutnya .Histeria juga termasuk dibawah
kategori lintasan ini atas sebab yang
berlainan.
Jin boleh juga dengan
bebasnya mencederakan sesaorang secara tidak
langsung seperti memasuki kebahagian anggota / organ
manusia semasa terjatuh bermain atau berlaku
kemalangan dll .Ini terbukti apabila bahagian
yang cedera itu diurut atau diubati memakan
masa yang lama tapi tidak pulih-pulih.
Begitu juga apabila seseorang naik marah berlebihan dan
secara kebetulan jin yang ada disekitar
tempat itu memasuki badan
seseorang membuatnya hilang pertimbangan.
Disinilah segala doa yang diajar oleh Rasulullah perlu sentiada diamalkan untuk melindungi kita dari kejahatan syaitan dari kalangan jin ini.
Disinilah segala doa yang diajar oleh Rasulullah perlu sentiada diamalkan untuk melindungi kita dari kejahatan syaitan dari kalangan jin ini.
Pelaris: Ramai orang melayu
yang berniaga gemar kepada perlaris untuk
melariskan perniagaan. Cara yang diambil mudah dengan
berjumpa bomoh pengamal ilmu hitam yang
boleh membantunya. Adakalanya Apa yang jin itu
lakukan tidak diketahui oleh
bomoh itu sendiri atau peminta pelaris
tersebut.
Hasilnya, perniagaan menjadi maju
dan sekiranya pelaris untuk kedai makan, ramai
pelanggan yang datang. Dalam kebanyakan
kejadian , jin melakukan kencing kedalam makanan untuk
membuat makanan dengan menaikkan selera
atau menjadi ketagih. Disebaliknya
kepada kedai makan pesaing ,jin melalui kaedah
sama membuat makanan terlebih masin, cepat
basi, tidak sedap dan sebagainya. Ada juga
jin digunakan untuk melindungi pandangan
terhadap kedai pesaing agar pelanggan tidak
nampak kedai tersebut. Sebagai nasihat, jauhilah
untuk mendapat pelaris seumpama ini, gunalah cara
yang lain yang diredai oleh Allah s.w.t.