Seorang perawat yang benar merawat pesakit sudah pasti mengetahui bahawa serangan balas jin adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan.Jin yang memasukkan barang sihir kedalam badan mangsa dan apabila usaha untuk mengeluarkan dibuat sudah tentu jin yang bertanggungjawab tadi akan tahu dan datang menyerang perawat walaupun sihir ini berlaku dua puluh tahun lalu.
Berpandukan keadaan sedemikian,
sekiranya seseorang perawat itu tidak menghadapi
apa-apa tentangan atau serangan dari jin,
bagaimana mungkin ?. Apakah rawatan yang diberi
tidak berkesan menyebabkan jin berkenaan
tidak menyerang atau ada disebaliknya sesuatu.
Kesemua rahsia ini perawat saja yang mengetahui
kedudukan sebenarnya. Serangan hebat jin biasanya
datang bertubi-tubi dari semua arah dan
dalam kumpulan ramai. Selain dari hantaran
tikaman oleh jin kebadan perawat, adakalanya
cara ' tuju ' digunakan dimana peluru
hantaran jin berupa hujung mata keris atau
sebagainya yang dizahirkan memecah cermin kereta
dan tingkap rumah.
Melalui pengalaman ada
diantara mereka yang kebal jadi beberapa
keadah mengerat dan memancung mereka harus
diguna pakai. Sekiranya gagal perawat sudah tentu
akan tumbang dan boleh mengalami cedera
dalaman dan menemui ajal dengan izin Allah.
Mengubat sihir yang berat bukan hal
yang mudah, umpamanya mangsa terkena santau
merasai sukar untuk mendapat rawatan
yang berkesan dengan
kepulihan sepenuhnya. Ramai mangsa tidak dapat
diselamatkan dan meninggal dunia.
Sebagai perawat memulihkan
diri sendiri juga penting untuk berada
didalam kedudukkan yang sihat sebelum
melaksanakan sesuatu rawatan.
Prinsip untuk pemulihan
pesakit yang dialami sebenarnya merupakan pertarungan
diantara perawat melawan makhluk halus atau
jin. Sungguhpun Allah yang menentukan kebenaran, tetapi
perawat mestilah komited dan sanggup menghadapi
risiko terhadap diri dan juga ahli keluarganya,
Barulah pintu rawatan itu terbuka. Antara langkah
rapi yang diambil adalah seperti berikut:
Mengenal pasti punca penyakit
secara mendalam menggunakan kaedah serta
kepakaran yang ada samada ianya angkara Sihir atau
Saka atau keduanya sekali.
Selidik untuk mengetahui apakah
perbuatan sihir atau saka yang berlaku keatas
mangsa serta bilangan dan jenis sihir yang ada.
Menduga kekuatan jin dan
bomoh-bomoh yang melakukannya.
Merancang kaedah menangkis
rintangan atau serangan jin-jin disamping rawatan yang
sesuai untuk diguna pakai.Melakukan rawatan
dengan mengeluarkan satu persatu sihir mengikut
peringkat masa dan diselangi dengan rawatan mandi
dan minum mengeluarkan bisa dari badan
mangsa.Membuat pantauan sebilang masa termasuk
rawatan jarak jauh keatas pesakit.
HAK MUTLAK PEMYEMBUHAN ADALAH DARI ALLAH SUBHANAHU WATAALA.