2. KAEDAH RAWATAN




Perkhidmatan  SCAN yang  disediakan  SECARA  HADIR ( Berdepan )
adalah  seperti  berikut:

Untuk  mengetahui  samada  penyakit  misteri  dan  kronik  berpunca  dari perihal medikal (pemakanan & gaya hidup tidak sihat )  atau  gangguan  makhlus  halus  yang biasanya  dari  Saka  atau  Sihir.


Daftar dan  Scan  -  PERCUMA 

Buang Saka
Cara membuang Saka dengan 
membatalkan / memutuskan  Penjanjian Saka

 MOHD     017 382 6017

Untuk  mengetahui  samada  gangguan  halus  sebagai  penyebab  terjadi  kecacatan (deformation, handicap, down-syndrome dll ) kepada  kanak-kanak  selepas dilahirkan atau  semasa  membesar.

Untuk  mengetahui  samada  penyakit  yang  dianggap  normal  ada  gangguan makhluk  halus  atau disebaliknya.

Untuk  mengetahui  pasangan  tidak  mendapat  zuriat samada  puncanya  dari  perihal medikal  atau gangguan  makhluk  halus  juga , kepincangan  dipihak suami atau isteri.

Untuk  mengetahui  samada  rumah, pejabat, sekolah  atau  tempat  tertentu mengalami  gangguan makhluk  halus.

Untuk  mengetahui  identiti  khadam  sekiranya  ada  pada  barang  lama
seperti keris, pedang, batu cincin dll.

Sebagai ' Scan peribadi ' untuk  mengetahui  indentiti  makhluk  halus  serta kehadirannya  sekiranya  ada  didalam  membantu  seseorang  dalam
perubatan  atau perdukunan.


***Scan  untuk  mencari  orang atau barang  hilang  tidak  dilakukan.


RAWATAN  &  PEMULIHAN...(BUANG SAKA RAWAT SIHIR )

Buang  Saka

Buang  Sihir

Buang  semua  jenis  gangguan  makhluk  halus.

Pulih  rumah,  kedai,  sekolah  atau  tempat-tempat  tertentu.

Memulih  tenaga  batin  angkara  makhluk  halus.

Memulih  kanser  dan  urat  saraf.


Di Mohd  Baitussyifa  kami  memberi  rawatan  yang  khusus  kepada  seseorang pesakit  sepenuhnya  sehingga  dia dipulihkan . Sepanjang  rawatan,  pesakit  akan  di pantau  sebilang  masa  dan  perhubungan  dua  hala  sentiasa  berlaku. Bilangan pesakit  yang  diambil  setiap hari  untuk  rawatan  dianggarkan  tidak  lebih  dari LIMA  orang  pesakit  saja.  Rawatan dibuat  secara  individu  kerana  penyakit  pun berbeza dan  perlu  pengkhususan  di dalam  rawatan, untuk buang saka rawat sihir...

SETIAP  pesakit  yang  datang  perlu  di DIAGNOSIS / SCAN   penyakitnya  terlebih dahulu  berdasarkan pengalaman  perawat...  Scan  yang  dilakukan  adalah  melalui kaedah ` Imbasan   Penglihatan & Selidik serta berdialog  Secara Terus  Dengan Makhluk  Halus `. Sepanjang  proses  ini pesakit  berkeadaan  normal  dan  sedar  diri sepenuhnya.  Melalui  perspekstif  ini, hasil  yang  didapati  akan  dapat mengesahkan memungkinkan  punca  penyakit samada  sihir,  saka atau  lain lain. Juga   diketahui bagaimana  ia  terjadi  dan  siapa bertanggung jawab, jenis  barang  sihir  dan  mahluk halus  yang  mungkin  mengganggu  pesakit  dsbnya.

Kadang-kadang  pesakit  merasai  keliru  kerana  banyak  tempat  rawatan  lain telah dikunjungi  dan berbagai  ramalan telah  diperoleh. Di Mohd Baitussyifa  kami  akan dapat menyatakan  berdasarkan pengalaman perawat  memungkinkan  penyebab sebenar  dengan izin Allah umpamanya  dalam  bab  gangguan  saka, mengarahkan saka ( jin ) keluar  dan  tidak  mengganggu mangsa  untuk  beberapa  hari  dimana mangsa  akan dapat  membezakan  sakit  tersebut  berkurangan .Begitu  juga didalam bab  gangguan lain  berbagai  kaedah  pengesahan  diguna  pakai.

PROSES  RAWATAN

Selepas  scan  dan  sekiranya  pesakit  bersetuju  untuk  mendapat  rawatan,
beberapa proses  akan  dibuat  umpamanya mengeluarkan  dari  badan  pesakit barangan  sihir, makhluk  halus, membuka  ikat  sihir dan  lain-lain  secara berperingkat-peringkat mengikut  masa.( Bukan secara  Zahir)
Mandi  berulangan  untuk  membuang  bisa dilaksanakan
selain dan air mineral yang  didoakan  sebagai  penawar  untuk  di minum.

Untuk  membuang  saka  keadahnya  tidak  jauh  berbeza  tapi  urusan  lebih menyulitkan  lagi  kerana  keengganan  jin  yang  mewarisi  keluarga  pesakit  sudah pun beratus  tahun  lamanya. Melalui  scan dan dialog identiti  mereka  didalam atau diluar badan  pesakit  termasuk  makanan  yang mereka  pernah  dijamu  dan  dimana datuk  nenek  moyang terdahulu  mengambil  mereka. Saka-saka  akan  diberi  pilihan antara  meninggalkan  tuannya  dengan  cara  baik  tanpa  banyak  kerenah  atau menerima  padah.

Didalam  hal  merawat  sihir ada kalanya masa terpaksa  berlarutan  sekiranya terdapat  sihir baru ( top-up ) mendatang berikutan  orang  yang mengupah  berjumpa bomoh  yang  baru pula.Perawat  terpaksa  terus  menerus  menangkis  dan  melawan  
sihir  baru,  disamping  merawat.kejadian  ini  akan  dapat  dikesan  dan  sekiranya tidak  rawatan  sudah  tentu  menjadi  sukar.  Cara  rawatan  adalah  mematikan  sihir itu  satu  persatu.Mematikan  sihir  bermakna  mengeluarkan  barang  sihir  dari badan pesakit  dan  menumpaskan  makhluk  jin  yang  melakukannya  barulah  sesuatu sihir  itu  berhenti.

PANTAUAN

Setiap  pesakit  sentiasa  dipantau  kemajuan  kesihatannya,  umpamanya  ditengah malam  hari  sekira  terdapat  kesakitan  atau  serangan  sihir  baru  berlaku.  Scan dan rawatan  Jarak  Jauh  dibuat  dengan  segera  untuk  meringankan  beban  kesakitan.  
Pesakit  dikehendaki  sentiasa  memaklumkan  keadaan  semasa  kepada  perawat.

AMALAN  PESAKIT

Setiap  pesakit  yang  dirawat  dinasihatkan  melakukan  amalan  biasa  seperti  solat, berdoa  dan  membaca  ayat  pelindung  dari  kejahatan  syaitan  yang  biasa diamalkan  saja.  Mereka  tidak  akan  dibebankan  untuk  membaca  surah  panjang   dari  Al-Quran, apatah  lagi  pesakit  sedang  berada  didalam  keadaan  uzur  dan  ada  
juga  yang  tidak  dapat  mengaji.

                                                   
PENERIMAAN  RAWATAN

Rawatan  kami  hanya  memberi  tumpuan  untuk  merawat / memulihkan  orang-orang  Islam  sahaja. Sungguhpun demikian  terdapat segelintir  mereka  beragama lain pernah  juga  dibantu  didalam hal  tertentu. 


Di Mohd Baitussyifa HANYA 100% AIR di gunakan untuk minum dan mandi.
AIR di gunakan  dalam  rawatan berasaskan  DOA  
dengan ayat2 AL Quran...bukan  jampi !!!